Thursday, April 12, 2012

"sebaik-baik raja"

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad) sumber-iluvislam.com:)


Assalamualaikum awak sekalian..hehe ok,pada harini,masa ini,waktu ini & sekarang ini,sy nk ckp psal seorang pemimpin yg sgtlah hebatnya! umurnya cumalah belasan tahun(19tahun) ketika menaiki takhta..hebat tak? kita sekarang umur  19 tahun boleh pakai ke? ada yg boleh..haha ok.no offense! kenapa kita tak boleh jadi mcm baginda? sebabnya kita bukan pada zaman tersebut & jati diri kita yg lemah..terlalu lemah :( kanbest kalau sekarang ada pemimpin mcm ni..x mcm sekarang...hmmm nauzubillahminzalik!


Serba sedikit tentang Sultan Muhammad Al Fateh :-



  •  dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. 
  • Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
  • Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan.
  •  Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.
Ni pulak video rentetan kisah penaklukan Kota Konstantinopel







nak tahu lagi pergi dekat :- I Luv Islam ; Wiki-wiki hehe! 


thats all,terima kasih&assalamualaikum..;D




No comments:

Music In Me

MUSIC IS MA LIFE

Music To My Heart :D